SAO PAULO (Brazil): Presiden dan empat pemain bola sepak kelab Brazil, Palmas, maut dalam satu nahas kapal terbang kelmarin sedang mereka berada dalam perjalanan bagi satu pertandingan menentang Vila Nova.
Kelab liga empat Brazil itu berkata presiden Lucas Meira dan empat pemainnya - Lucas Praxedes, Guilherme Noe, Ranule and Marcus Molinari - terkorban apabila pesawat itu terhempas sejurus berlepas.





