SEORANG ahli bomba, Encik Muhammad Suhanas Abdul Aziz, 28 tahun, sedang menuruni tangga ke kolong blok HDB-nya bagi membeli air apabila beliau ternampak seorang lelaki pertengahan usia sedang menarik lengan seorang wanita muda secara paksa di tingkat empat blok tersebut.
Beliau mengenal pasti wanita itu sebagai jiran sama blok dengannya tetapi situasi yang dilihatnya itu agak mencurigakan. Namun, beliau terus...





