Menteri Pendidikan Lawrence Wong dalam wawancara bersama akhbar 'The Straits Times' baru-baru ini berkata pemerintah kini giat menggalakkan rakyat Singapura agar terus belajar dan mempertingkat kemahiran sepanjang hidup. Dengan skim SkillsFuture dan pembelajaran sepanjang hayat, terdapat peluang mendapat ijazah atau melanjutkan pendidikan sepanjang tempoh pekerjaan. Terdapat banyak laluannya. Antara yang sudah berkerjaya tetapi mengambil peluang melanjutkan pengajian termasuklah golongan selebiriti....





