TOKYO: Menteri Kesihatan Jepun, Norihisa Tamura kelmarin menyaksikan satu demonstrasi prototaip mesin ujian Covid-19 automatik yang menggunakan robot untuk mengambil sampel ujian swab dan memberi keputusannya dalam masa 80 minit.
Sistem robotik yang dihasilkan oleh syarikat Kawasaki Heavy Industries, mampu dibawa ke tempat ujian seperti stadium, taman bertema dan acara perhimpunan besar-besaran.





