PERUNCIT yang menjalankan proses daftar masuk menggunakan TraceTogether telah diberitahu untuk menundanya buat masa ini oleh pihak berkuasa, selepas banyak perusahaan serata Singapura didapati memulakan proses itu terlalu awal dengan meletakkan poster-poster mengenai peraturan baru itu.
Ini bermakna orang awam tidak boleh memasuki beberapa tempat perniagaan jika mereka tidak mempunyai aplikasi atau token TraceTogether untuk mendaftar masuk.





