SATU pertarungan kickboxing bagi merebut gelaran dunia akan membarisi acara siaran langsung pertama One Championship tahun ini.
Menurut kenyataan penganjur aksi seni pertahanan diri campuran (MMA) itu kelmarin, acara yang dikenali sebagai 'Unbreakable' akan diadakan di Stadium Tertutup Singapura pada 22 Januari nanti.





