INSTITUT Teknologi Singapura (SIT) akan melancarkan sebuah program ijazah kejuruteraan baru dalam bidang sistem robotik pada tahun akademik 2021.
Program empat tahun sarjana muda kejuruteraan sistem robotik (RSE) itu akan dimulakan September ini dengan pengambilan awal 40 pelajar, umum SIT dalam satu kenyataan semalam.





