DARIPADA sejumlah 53 pelajar yang menduduki peperiksaan Sijil Am Pelajaran (GCE) Peringkat 'O' dalam penjara tahun lalu, 42 daripada mereka mendapat sekurang-kurangnya tiga atau lebih kelulusan peringkat 'O'.
Kegembiraan melihat pencapaian tersebut dikongsi Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara) Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim dalam catatan Facebook beliau pada Selasa (12 Januari), selepas mengunjungi pelajar ini dan...





