RANGKAIAN syarikat pastri setempat Twelve Cupcakes disaman $119,500 semalam kerana kurang membayar gaji tujuh pekerjanya berjumlah kira-kira $114,000 selama dua tahun.
Syarikat setempat itu, yang diasaskan oleh bekas deejay Daniel Ong dan Jaime Teo pada 2011 dan kemudian dibeli syarikat teh yang berpusat di India, Dhunseri Group, telah mengaku bersalah pada Disember dengan 15 tuduhan di bawah Akta Pengambilan Kerja...





