RANGKAIAN pastri jenama Singapura, Twelve Cupcakes, didenda $119,500 pada Selasa (12 Januari) kerana membayar gaji yang berkurangan daripada sewajarnya kepada tujuh pekerja asingnya termasuk seorang daripada mereka yang kadangkala menerima sekitar separuh pendapatannya.
Syarikat tersebut didakwa pada 10 Disember tahun lalu atas 15 kesalahan membayar gaji kurang kepada pekerja pada 2017 dan 2018 - satu kesalahan di bawah Akta Pekerjaan...





