DENGAN Covid-19 menyebabkan pertandingan antarabangsa dan setempat - termasuk Sukan Sekolah Kebangsaan - dibatalkan tahun lalu, Biasiswa Yayasan Sukan Olimpik Singapura (SOF)-Peter Lim tidak akan menyampaikan biasiswa tahun ini tetapi "anugerah-anugerah yang memberi galakan".
SOF dalam kenyataannya Sabtu lalu berkata bahawa gangguan yang disebabkan pandemik telah menjejas kriteria pemilihan penerima biasiswa, dengan pencapaian dalam pertandingan biasanya menjadi penentu kelayakan pemohon,...





