KUALA LUMPUR: Keadaan banjir di lima negeri di Semenanjung Malaysia menunjukkan sedikit tanda positif apabila jumlah operasi pusat pemindahan sementara (PPS) semakin berkurangan pada Sabtu (9 Januari).
Sehingga 8 pagi Sabtu, sejumlah 43,791 orang berada di pusat pemindahan di Pahang, Terengganu, Kelantan, Johor dan Perak berbanding 47,038 mangsa petang Jumaat, lapor laman Astro Awani yang memetik liputan agensi berita.





