MASALAH yang dihadapi keluarga banduan seperti kesulitan kewangan dan pengasuhan, mampu menjejas tumpuan para pesalah yang sedang menjalani proses pemulihan, kata Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim.
Justeru, dalam menangani isu itu, Dr Faishal berkata Perkhidmatan Penjara Singapura (SPS) giat bekerjasama dengan rakan masyarakat menerusi pelbagai program untuk membantu dan menyokong keluarga...





