KESEMUA kohort pertama 25 pelajar Madrasah Aljunied yang menduduki Program Diploma International Baccalaureate telah lulus dengan cemerlang, kata Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, pada Isnin (4 Jan).
Memberi ucapan tahniah kepada pelajar, ibu bapa, guru dan pihak madrasah yang telah memberi sokongan kepada pelajar berkenaan, Encik Masagos berkata berita tersebut merupakan berita yang memberangsangkan...





