MUKA seorang pegawai teknikal SMRT telah dihempap palang besi seberat lima kilogram yang tercampak daripada peralatan berat di Depoh Bishan sehingga menyebabkan kematiannya pada Mac tahun lalu.
Dalam satu sesi siasatan koroner pada Jumaat (26 Februari) yang meninjau kematian Encik Muhammad Afiq Senawi, 30 tahun, mahkamah diberitahu Allahyarham sedang mengendalikan mesin tekan hidraulik apabila batang besi itu terlontar daripada mesin,...





