MAYOR Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) Central, Cik Denise Phua, semalam membidas komen ketua pembangkang Encik Pritam Singh mengenai peranan CDC dan Mayor, dengan Cik Phua menyifatkan komen Encik Singh sebagai memperkecil usaha yang dilakukan lima CDC sejauh ini.
Beliau mempertahankan kerja yang dilakukan CDC dalam menyokong inisiatif nasional, bekerjasama dengan rakan masyarakat seperti pihak korporat, serta memperjuang semangat menyumbang kembali...





