PEMIMPIN Melayu/Islam termasuk Anggota Parlimen (AP) dan Mufti Singapura telah pun mendapatkan vaksinasi Covid-19.
Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, berkata beliau bersama Mufti Dr Nazirudin Mohd Nasir dan Ketua Eksekutif Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), Encik Esa Masood, telah mendapatkan suntikan kedua vaksin Covid-19 di poliklinik Tampines baru-baru ini.





