SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi Syariah di Shah Alam pada Selasa (23 Februari) mengeluarkan waran tangkap terhadap usahawan kosmetik, Nur Sajat, kerana gagal hadir pada prosiding kes berpakaian wanita tiga tahun lalu.
Waran tangkap itu dikeluarkan oleh Hakim Syarie, Mohammad Khalid Shaee @ Shaii terhadap Nur Sajat yang nama sebenarnya, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman.





