SEORANG remaja yang melanggar seorang penunggang basikal pada 2019 dengan kereta yang dipandu melebihi had kelajuan telah menyebabkan mangsa kemalangan itu mengalami kecederaan otak yang traumatik.
Akhbar The Straits Times melaporkan, Timbalan Pesuruhjaya Awam (DPP) Thiagesh Sukumaran berkata lengan kiri mangsa yang merupakan warga negara Malaysia, Encik Wong Wu Pao, 37 tahun, disahkan tidak lagi berfungsi menyusuli kemalangan itu.





