SINGAPURA dan Hong Kong kini dalam "perbincangan rapat" mengenai gelembung perjalanan udara yang tertangguh bagi pelancong umum, dengan keadaan Covid-19 di Hong Kong kini semakin reda.
Perjanjian yang sangat dinanti-nantikan, yang akan memungkinkan perjalanan libur antara kedua-dua belah pihak, telah ditangguhkan sejak menjelang pelancarannya pada 21 November tahun lalu, apabila kes Covid-19 melonjak semula di Hong Kong.





