JAKARTA: Banjir teruk melanda di beberapa kawasan di ibu negara Indonesia memaksa lebih daripada 1,000 orang meninggalkan rumah mereka semalam, dengan agensi meteorologi negara itu memberi amaran bahawa keadaan itu akan berlanjutan sehingga minggu depan.
Seramai 1,380 penduduk Jakarta telah pindahkan dari daerah selatan dan timur kota yang mempunyai 10 juta penduduk itu, setelah banjir mencecah ketinggian sehingga 1.8 meter...





