DALAM keadaan pandemik Covid-19 tahun lalu, kohort pelajar yang menduduki peperiksaan GCE peringkat 'A' masih mampu mencatatkan kadar kelulusan terbaik sejak kurikulum maktab rendah disemak pada 2006.
Daripada 11,646 pelajar yang menduduki peperiksaan nasional itu tahun lalu, 93.6 peratus berjaya meraih sekurang-kurangnya tiga kelulusan H2, dengan kelulusan dalam Kertas Am (GP) atau Pengetahuan dan Inkuiri (KI).





