MESKI sibuk dengan pelajaran, Liyana Afiqah Mohd Faizal tidak pernah lupa untuk menyumbang semula kepada masyarakat.
Komitmen yang ditonjolkan pelajar berusia 19 tahun dari Raffles Institution (RI, Maktab Rendah) begitu kukuh - dalam kesibukan mengimbangi tugasan sekolah, dia masih sempat mengajar tuisyen secara percuma kepada kanak-kanak keluarga susah.





