CANBERRA: Warga Australia semalam mendapati semua kandungan berita di laman Facebook mereka kosong selepas gergasi media sosial itu menyekat semua kandungan media secara mengejut dan sekali gus meningkatnya pertikaian dengan kerajaan mengenai isu pembayaran bagi kandungan berita.
Langkah itu segera dikritik penerbit berita, ahli politik dan penyokong hak asasi manusia, kebanyakannya menunjukkan bahawa maklumat kesihatan dan meteorologi rasmi yang penting...





