PEMERINTAH akan memperuntukkan $700 juta untuk melanjutkan Skim Bantuan Pekerjaan (JSS) sehingga enam bulan lagi demi membantu perniagaan yang terjejas teruk dengan pandemik Covid-19 terus mengekalkan pekerja, kata Timbalan Perdana Menteri, Encik Heng Swee Keat.
Skim itu, yang sebelum ini diumumkan akan berakhir pada bulan depan, akan dilanjutkan untuk enam bulan lagi bagi sektor dalam Tahap 1 - penerbangan, aeroangkasa...





