WASHINGTON: Senat Amerika Syarikat (AS) kelmarin membebaskan mantan Presiden Amerika Syarikat, Encik Donald Trump, daripada pertuduhan menghasut pemberontakan dalam perbicaraan pendakwaan kali kedua yang beliau hadapi.
Keputusan itu sekali gus menamatkan usaha Parti Demokrat mempertanggungjawabkan Encik Trump atas kejadian rusuhan maut di Capitol Amerika Syarikat pada 6 Januari lalu.





