ZAMIL kanan Agensi bagi Sains, Teknologi dan Penyelidikan (A*Star) dan ketua NanoBio Lab (NBL), Profesor Jackie Y. Ying, merupakan saintis pertama dipilih sebagai anggota Akademi Kejuruteraan Nasional (NAE) Amerika Syarikat berdasarkan penyelidikannya di Singapura.
Diiktiraf atas sumbangannya dalam bahan berstruktur nano, perubatan nano dan alat diagnostik untuk memperbaiki kesihatan manusia, Profesor Ying merupakan antara 106 anggota baru yang akan disertakan...





