SEORANG pekerja binaan warga Bangladesh yang menetap di dormitori sekitar Bedok South Road adalah antara 15 kes jangkitan Covid-19 baru yang dikenal pasti pada Rabu (10 Februari).
Dalam kenyataannya pada Rabu malam, Kementerian Kesihatan (MOH) berkata, lelaki berusia 22 tahun itu tidak menampakkan sebarang tanda jangkitan dan dikesan menghidap koronavirus apabila beliau diuji dalam Ujian Rutin Yang Dijadualkan (RRT) pada...





