Pemerintah akan bekerjasama lebih rapat lagi dengan sektor privet, agensi perkhidmatan sosial dan masyarakat secara amnya untuk merapatkan jurang bagi membantu golongan yang memerlukan bantuan.
Meskipun banyak usaha yang telah dijalankan, ia akan tetap merupakan "kerja dalam proses", kata Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Cik Indranee Rajah, ketika ditemui pada Sabtu (6 Feb).






