KEMENTERIAN Pendidikan (MOE) berkata ia telah menggantung kegiatan luar darjah melibatkan elemen paras tinggi bagi semua sekolah dengan serta merta menyusuli kematian seorang pelajar sewaktu melakukan kegiatan tersebut di Safra Yishun pada Rabu (3 Feb).
Pelajar lelaki berusia 15 tahun dari Sekolah Anglo-Chinese (Bebas) itu telah dikejarkan ke Hospital Khoo Teck Puat (KTPH) selepas insiden tersebut yang berlaku sekitar 2...





