YANGON: Sebahagian besar ketua menteri bagi negeri dan rantau di Myanmar telah dibebaskan pihak tentera pagi semalam, sehari selepas mereka ditahan, seorang pegawai kanan tentera memberitahu agensi berita Xinhua, semalam.
Dalam rampasan kuasa yang berlaku, pihak tentera Myanmar telah menahan pemimpin pemerintah, ketua menteri negeri dan rantau negara itu serta anggota eksekutif pusat Parti Liga Demokrasi Kebangsaan (NLD) awal pagi...





