MAJLIS Ugama Islam Singapura (Muis) boleh menggunakan kuasa Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Amla) dalam kes serius penyebaran ajaran sesat, contohnya jika kaunseling juga tidak berjaya menghentikan penyebaran ajaran itu.
Dalam kes seperti itu, Muis boleh membuat laporan polis di bawah Seksyen 139 Amla, kata Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad semalam.





