SINGAPURA semalam melahirkan "keprihatinan mendalam" terhadap krisis politik di Myanmar.
"Kami sedang memantau keadaan dengan rapi dan berharap semua pihak terlibat akan mengambil sikap mengawal diri, mengekalkan dialog dan bekerja ke arah hasil yang positif dan aman," kata jurucakap untuk Kementerian Ehwal Luar Singapura (MFA).





