JIKA terdapat sijil perubatan yang sah, sekolah boleh menawarkan fleksibiliti dan membuat persediaan praktikal bagi pelajar dengan disforia jantina dan menjalani terapi hormon, sekiranya mereka menghadapi kesukaran dengan sesetengah peraturan sekolah, kata Menteri Pendidikan, Lawrence Wong.
Menurutnya, sekolah akan berunding dan bekerjasama rapat dengan pelbagai pihak berkepentingan termasuk profesional perubatan relevan, pelajar terbabit dan ibu bapa mereka.





