YANGON: Dunia mengutuk tragedi berdarah di Myanmar, yang menyaksikan ratusan individu termasuk kanak-kanak terbunuh selepas junta tentera melepaskan tembakan terhadap penunjuk perasaan.
Menurut laporan media Myanmar Now, dalam pertempuran penunjuk perasaan dengan tentera sempena sambutan Hari Angkatan Tentera kelmarin, lebih 141 orang mati ditembak oleh pasukan keselamatan di seluruh negara itu di 44 bandar merangkumi 15 wilayah. Yangon merekodkan 23...





