JASA Allahyarham Pendeta Dr Muhammad Ariff Ahmad (gambar kanan) atau dikenali sebagai MAS terhadap bidang kajian bahasa, budaya dan sastera Melayu bakal tersemat dalam hati warga Singapura dan Nusantara buat selama-lamanya.
Hal ini demikian kerana Institut Pendidikan Nasional (NIE) Universiti Teknologi Nanyang (NTU) kini berjaya menubuhkan pameran tetap yang dinamakan Hab Kajian dan Sumber Dr Muhammad Ariff Ahmad (MAS RRH@LIBRIS)...





