PEMERGIAN pelawak setempat Samad Ayob kelmarin begitu dirasakan terutama dalam kalangan mereka yang pernah bekerja rapat dengannya, walaupun beliau sebenarnya sudah lama tidak aktif dalam dunia hiburan sejak lebih sedekad lalu.
Selepas era pelakon komedi yang mencipta nama menerusi film-filem keluaran Shaw Brothers seperti S. Shamsudin dan Wahid Satay dari Cathay Keris, Allahyarham dianggap sebagai "guru" dalam kalangan pelawak-pelawak Singapura...





