SEKITAR 950,000 isi rumah HDB akan menerima $135 juta dalam bentuk rebat bayaran perkhidmatan dan penyenggaraan (S&CC) mulai bulan lalu hingga Mac tahun depan.
Ini merupakan sebahagian daripada Pakej Bantuan Keluarga bernilai $900 juta yang diumumkan dalam Belanjawan tahun ini, untuk memberi bantuan tambahan kepada keluarga semasa tempoh tidak menentu ini, menurut Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan semalam.





