USAHA yang dilakukan oleh Pertapis kini lebih genting, dengan Singapura berusaha bangkit daripada kesan pandemik Covid-19, kata Presiden Halimah Yacob.
Sejak pertubuhan bukan pemerintah itu berkhidmat lima dekad dahulu, ia bukan sahaja telah mengendalikan rumah kebajikan bagi menjaga dan melindungi kanak-kanak, wanita dan warga emas, malah menyediakan khidmat rawatan dan pemuliharaan bagi penyalahgunaan dadah.






