JAKARTA: Indonesia telah memulakan vaksinasi warganya menggunakan vaksin Covid-19 yang dibuat firma Britain-Sweden AstraZeneca, bermula di kawasan pelancongan di Bali dan wilayah Jawa Timur, setelah ditunda sebelum ini ekoran kebimbangan mengenai isu pembekuan darah.
Badan Kawalan Ubat dan Makanan (BPOM) negara itu berkata Jumaat lalu bahawa vaksin tersebut selamat digunakan.






