DALAM satu operasi rampasan terbesar alat merokok vaporiser elektronik, Penguasa Sains Kesihatan (HSA) telah merampas peralatan itu dan yang berhubung dengannya bernilai lebih $369,000, kata HSA dan Pasukan Polis Singapura (SPF) dalam kenyataan bersama semalam.
Tiga lelaki sedang membantu HSA dalam siasatan, termasuk individu yang sedang disiasat polis kerana didakwa memiliki beberapa senjata di rumahnya, menyusuli operasi pada 18 Mac...






