SATU gerakan bagi meningkatkan kesihatan fizikal dan mental di samping mempromosikan kesejahteraan sosial dalam masyarakat menerusi sukan bola sepak dilancarkan Sabtu lalu.
Dikenali sebagai Bola Sepak Sambil Berjalan bagi Kesihatan (Walking Football for Health , atau WaF4H), gerakan tersebut sejajar dengan saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), yang menggalak kegiatan fizikal setiap minggu selama 150-300 minit bagi memerangi kesunyian di kalangan...






