PASANGAN Islam yang baru membina mahligai kini boleh mendapatkan sokongan dipertingkat bagi melayari bahtera perkahwinan dan keluarga, kesejahteraan keibuan serta pembangunan anak-anak menerusi satu program baru. Dipanggil Temasek Foundation Achieving Resilient and Inspiring Families (Projek Arif), program perintis dua tahun itu akan menyediakan bimbingan keagamaan, perkahwinan, perubatan dan keibubapaan oleh kumpulan naib kadi, kakitangan masjid dan karyawan penjagaan kesihatan dari...





