ADALAH penting untuk Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF) terus menjalankan penerbangan langsung setiap hari dan menjalani latihan bermutu bagi mengekalkan tahap kesediaan operasi yang tinggi, walaupun di tengah-tengah pandemik Covid-19.
Demikian dinyatakan Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Tenaga Manusia), Encik Zaqy Mohamad, di akhir lawatan ke Komand Kombat Udara (ACC) RSAF di Pangkalan Udara Paya Lebar kelmarin.





