MILAN: Penjaring terbanyak Sweden, Zlatan Ibrahimovic, telah dipilih semula menyertai skuad negara - lima tahun selepas mengumumkan persaraan beliau daripada bola sepak antarabangsa.
Bintang berusia 39 tahun itu telah menjaringkan 62 gol dalam 116 perlawanan sebelum melabuhkan tirai kerjayanya di persada antarabangsa setelah Sweden tersingkir di peringkat kumpulan dalam pertandingan Euro 2016.





