SINGAPURA sedang membincangkan kemungkinan gelembung perjalanan udara yang membolehkan penduduk negara ini dan Australia saling mengunjungi tanpa memerlukan kuarantin, kata Kementerian Ehwal Luar (MFA) pada Ahad (14 Mac).
Dalam kenyataannya, MFA mengesahkan negara ini sedang berbincang dengan Australia bagi saling mengenal pasti sijil vaksinasi dan menyambung semula perjalanan dengan keutamaan diberi buat mereka yang mengembara atas keperluan belajar atau perniagaan.





