WAJAH Qaiser semerah langit senja. Nafasnya berat, seberat sebuah dunia yang dicipta daripada desas-desus tanpa bukti. Pandangan Puan Ani kepadanya ibarat anak panah berapi. Tajam dan menyala. Menembus tulang-tulang dadanya. Perih. Sakit. Takut. Bertubi-tubi anak-anak panah renungan Puan Ani dilepaskan ke arahnya. Bergetar hati Qaiser. Menggigil tubuh Qaiser mengawal keresahan.
Puan Ani mendengar aduan Cikgu Ahsya dengan tekun. Kepalanya terangguk-angguk,...





