WELLINGTON: Perdana Menteri New Zealand, Cik Jacinda Ardern, pada Sabtu (13 Mac) menegaskan New Zealand mempunyai "amanah" untuk dilaksanakan bagi menyokong masyarakat Islam di negara itu.
Dalam satu upacara peringatan penuh emosi bagi mengenang dua tahun sejak serangan masjid Christchurch berlaku, ratusan penduduk berhimpun dalam keadaan kawalan keselamatan yang ketat bagi mengenang 51 mangsa serangan yang terbunuh dan puluhan lain...





