LEBIH ramai ahli farmasi dan pembantu jualan di 71 kedai ubat dan farmasi Unity akan dilatih untuk mengenal pasti tanda-tanda keganasan keluarga kerana mereka merupakan "mata dan telinga" yang mudah didekati mangsa keganasan sedemikian.
Sekitar 40 ahli farmasi daripada Farmasi Unity telah selesai mengikuti Latihan Kesedaran Keganasan Keluarga sebagai sebahagian inisiatif di bawah kerjasama Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF)...





