KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Selasa (9 Mac) atas pertuduhan pindaan yang dibuat pihak pendakwa terhadapnya.
Mengikut pindaan pertuduhan ke-27 itu, Ahmad Zahid didakwa melakukan kesalahan pengubahan wang haram membabitkan 35 keping cek berjumlah RM7,511,250 ($2.45 juta).





